"Man jangan keluar rumah malam-malam ni," kata si ibu.
"Ikut suka Man la ibu. Man bukan pegi mana pun. Saja duduk sembang-sembang dengan kawan-kawan kat kedai mamak," kata si anak.
Tanpa mempedulikan teguran si ibu, anaknya terus keluar dari rumah. Hajat di hati bukannya mahu bersembang dengan kawan-kawan di kedai mamak tetapi mahu pergi merempit. Susah bagi si ibu mendalami isi hati anak remaja zaman sekarang. Kemudahan yang diberi bagi memudahkan si anak mendalami ilmu pengetahuan disalahguna. Rasa berbelah bahagi timbul dalam diri ibu bapa sama ada mahu diberi kemudahan pengangkutan atau tidak kepada anak. Jika tidak diberi mula timbul pelbagai masalah lain. Ibu bapa sibuk mencari rezeki. Tidak sempat mengambil atau menghantar anak-anak. Seharusnya anak-anak di usia remaja sudah pandai berfikir. Jangan menyalahkan ibu bapa jika tingkah laku anda tidak seperti yang sepatutnya. Ibu bapa mencari rezeki untuk anda juga. Kalau diikutkan pada usia remaja ini anda sudah boleh menjadi nakhoda di alam rumah tangga. Lihatlah zaman datuk nenek kita. Mereka dikahwinkan seawal usia 10 tahun lagi. Dalam usia tersebut mereka sudah ada sifat kematangan menjadi pemimpin. Hairan bila difikirkan tentang remaja sekarang yang bersifat keanak-anakkan. Sentiasa mahukan perhatian supaya tidak mudah terjebak dalam masalah sosial. Bangkitlah wahai remaja. Ingatlah hidup hanya sekali dan sekejap sahaja. Isilah waktumu dengan perkara yang berfaedah. Kita harus berpegang dengan prinsip tidak meniru orang lain yang terikut-ikut dengan masalah sosial. BANGKITLAH WAHAI REMAJA.
Sabtu, 5 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan