Jumaat, 4 Disember 2009

HIBURAN

Saban hari kita sentiasa dihidangkan dengan agenda hiburan. Nyanyian, tarian, lakonan yang mengundang gembira tanpa batas menjadi makanan kita. Anjakan paradigma yang diharapkan hanya melahirkan modal insan yang berketrampilan duniawi semata-mata. Tiada lagi perasaan mempersiapkan diri ke arah dunia yang abadi.
Bukan untuk mengkritik semata-mata tetapi bersama-sama kita muhasabah diri yang sentiasa alpa dengan pujuk rayu dunia. Kita sentiasa melakukan kesalahan dan setiap kali melakukannya ada antara kita yang memohon keampunan daripadaNya. Tidakkah kita terfikir dalam dunia hiburan penuh dengan manusia hipokrit. Mereka mula mendapat tempat dan menjadi idola serta ikutan anak-anak muda.
Namun, bukan semua yang terlibat dalam dunia ini yang tersasar dari landasan. Ada dalam kalangan mereka yang terlibat dalam dunia ini bertujuan untuk beribadah. mendidik orang ramai dengan perasaan cinta akan ALLAH.
Begitu besar cabaran bagi ibu bapa yang berfikiran optimis mempercayai tuhan yang esa mendidik anak-anak mereka. Hanya doa yang menjadi sandaran buat mereka. Usaha tetap diteruskan. Bagi anak-anak pula, fikirkanlah tentang perasaan ibu bapa dan ingatlah ALLAH selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan