Ahad, 6 Disember 2009

Bahasa

Kenapa ianya salah digunakan?

Ianya bukannya satu perkataan. Hal ini kerana ianya sebenarnya merujuk kepada dua perkataan dalam jenis yang sama. Maksud saya ialah perkataan ia merupakan Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga. Begitu juga dengan perkataan nya yang juga termasuk dalam golongan kata yang sama. Konklusinya, tidak bolehlah perkataan dari jenis kata yang sama digabungkan.
Cuba anda gabungkan perkataan saya dan aku yang merupakan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama. Tentu gabungan tersebut menjadi sayaaku. PELIK DAN SALAH.
Semoga anda tidak melakukan kesalahan ini.
Cintailah Bahasa Kita

Sabtu, 5 Disember 2009

Kenapa susah dengar cakap ibu bapa?

"Man jangan keluar rumah malam-malam ni," kata si ibu.
"Ikut suka Man la ibu. Man bukan pegi mana pun. Saja duduk sembang-sembang dengan kawan-kawan kat kedai mamak," kata si anak.

Tanpa mempedulikan teguran si ibu, anaknya terus keluar dari rumah. Hajat di hati bukannya mahu bersembang dengan kawan-kawan di kedai mamak tetapi mahu pergi merempit. Susah bagi si ibu mendalami isi hati anak remaja zaman sekarang. Kemudahan yang diberi bagi memudahkan si anak mendalami ilmu pengetahuan disalahguna. Rasa berbelah bahagi timbul dalam diri ibu bapa sama ada mahu diberi kemudahan pengangkutan atau tidak kepada anak. Jika tidak diberi mula timbul pelbagai masalah lain. Ibu bapa sibuk mencari rezeki. Tidak sempat mengambil atau menghantar anak-anak. Seharusnya anak-anak di usia remaja sudah pandai berfikir. Jangan menyalahkan ibu bapa jika tingkah laku anda tidak seperti yang sepatutnya. Ibu bapa mencari rezeki untuk anda juga. Kalau diikutkan pada usia remaja ini anda sudah boleh menjadi nakhoda di alam rumah tangga. Lihatlah zaman datuk nenek kita. Mereka dikahwinkan seawal usia 10 tahun lagi. Dalam usia tersebut mereka sudah ada sifat kematangan menjadi pemimpin. Hairan bila difikirkan tentang remaja sekarang yang bersifat keanak-anakkan. Sentiasa mahukan perhatian supaya tidak mudah terjebak dalam masalah sosial. Bangkitlah wahai remaja. Ingatlah hidup hanya sekali dan sekejap sahaja. Isilah waktumu dengan perkara yang berfaedah. Kita harus berpegang dengan prinsip tidak meniru orang lain yang terikut-ikut dengan masalah sosial. BANGKITLAH WAHAI REMAJA.

Kenapa susah dengar cakap ibu bapa?

"Man jangan keluar rumah malam-malam ni," kata si ibu.

Jumaat, 4 Disember 2009

HIBURAN

Saban hari kita sentiasa dihidangkan dengan agenda hiburan. Nyanyian, tarian, lakonan yang mengundang gembira tanpa batas menjadi makanan kita. Anjakan paradigma yang diharapkan hanya melahirkan modal insan yang berketrampilan duniawi semata-mata. Tiada lagi perasaan mempersiapkan diri ke arah dunia yang abadi.
Bukan untuk mengkritik semata-mata tetapi bersama-sama kita muhasabah diri yang sentiasa alpa dengan pujuk rayu dunia. Kita sentiasa melakukan kesalahan dan setiap kali melakukannya ada antara kita yang memohon keampunan daripadaNya. Tidakkah kita terfikir dalam dunia hiburan penuh dengan manusia hipokrit. Mereka mula mendapat tempat dan menjadi idola serta ikutan anak-anak muda.
Namun, bukan semua yang terlibat dalam dunia ini yang tersasar dari landasan. Ada dalam kalangan mereka yang terlibat dalam dunia ini bertujuan untuk beribadah. mendidik orang ramai dengan perasaan cinta akan ALLAH.
Begitu besar cabaran bagi ibu bapa yang berfikiran optimis mempercayai tuhan yang esa mendidik anak-anak mereka. Hanya doa yang menjadi sandaran buat mereka. Usaha tetap diteruskan. Bagi anak-anak pula, fikirkanlah tentang perasaan ibu bapa dan ingatlah ALLAH selalu.

Selasa, 24 November 2009

selamat maju jaya

Hidup di dunia hanya sekali.

Baru-baru ini filem 2012 sedang ditayangkan. Cerita mengisahkan hari kiamat yang akan berlaku pada tahun 2012. Kejadian ini diramalkan oleh puak Maya. Hairan apabila difikirkan mudah sangat manusia dimomokkan dengan cerita-cerita seperti ini sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Memang tidak dinafikan kejadian hari kiamat ada ditulis dalam AL-QURAN. Namun, kita sebagai umat manusia bukanlah secara terburu-buru mengambil tindakan membina tempat perlindungan diri. Perkara yang lebih mustahak bagi kita adalah mempersiapkan diri dengan amal soleh. Mati bukan penyakit yang boleh diubati. Sejauh mana kita berlari pun, mati akan mengejar kita. Janganlah kita menjadi hamba dunia semata-mata. Jadikanlah diri kita HAMBA ALLAH yang Maha Esa.

saharizan

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menatap blog saya.