Jumaat, 12 Mac 2010

PENYAKIT

Kecuaian manusia dalam menjaga kesihatan diri telah menyebabkan merebaknya pelbagai jenis penyakit. Berikan pendapat anda tentang hal ini.

PENDAHULUAN

  • -Manusia banyak menhabiskan masa dan tenaga untuk mencari wang.
  • -Lupa untuk menjaga kesihatan diri.

ISI-ISI PENTING

  • -Wang tidak bermakna jika seseorang tidak sihat.
  • -Kesihatan ialah aset yang tidak ternilai harganya.
  • -Manusia sentiasa mengejar kemewahan dan mencuba untuk mengatasi antara satu sama lain.
  • -Dalam kesibukan mencari harta, manusia tidak menjaga kesihatan diri.
  • -Tabiat makan yang tidak serasi dengan sistem fisiologi badan kita.
  • -Tanpa menjaga kesihatan diri dapat menyebabkan pelbagai penyakit.
  • -Banyak pekerja kini berdepan dengan tekanan kerja dan tekanan hidup.
  • -Pembabitan diri dalam tabiat buruk (merokok) boleh menjejaskan kesihatan diri.

PENUTUP
Penyakit yang menyerang manusia sebahagian besarnya merupakan ciptaan manusia sendiri.

PENGAYAAN KOSA KATA

  1. Tekal - konsisten/malar/berpanjangan
  2. fisiologi - sistem fungsi organ dalam badan manusia
  3. insomnia - tidak dapat tidur dengan lena
  4. tamadun manusia - peradaban insan

Rabu, 3 Februari 2010

Kepupusan hidupan flora dan fauna

Pendahuluan


Dalam mengejar arus kemodenan, manusia semakin alpa untuk menjaga kesinambungan hidupan flora dan fauna.

Flora dan fauna semakin terancam dek sikap manusia yang lalai daripada tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini untuk mentadbir alam.